Layari Laman Utama Noraini Osman

Thursday, December 3, 2009

Memberitahu Rakan dan Menulis Novel Kanak-Kanak

Assalamualaikum,

Semalam, saya membina blog sejak jam 11 malam hingga jam 3.50pagi. Tekad sungguh saya hendak membina laman blog ini. Agak lama juga memikirkan tajuk. Hari ini saya tukar lagi tajuknya, berdasarkan karya saya, Kembali Sebutir Mutiara. Ya, macam saya yang kembali lah ke arena penulisan yang penuh rencamnya dan banyak gaulan kehebatannya. Malah, saya secara peribadi juga ingin merakamkan kehadiran blog ini untuk tatapan keluarga, rakan-rakan penulis dan rakan-rakan saya mengajar. Orang pertama yang saya beritahu pastinya adik saya, Norainah dan suami saya Ben Hj Aring. Pasti ia bukan satu kejutan tapi bagi rakan-rakan yang dekat dan menyokong saya menganggap kehadiran blog ini adalah hadiah terindah buat rakan-rakan semua. Kepada rakan-rakan guru yang selalu meminta nama mereka disebut iaitu Kak Yaw yang periang dan ceria, Kak Fizah, anak seorang penulis mapan Sabah, Beatrice Johnny yang begitu gembira jika namanya dimasukkan ke dalam karya saya, Fatimah Laaria yang sudah berpindah ke SK. Agnes Kota Kinabalu, Fauziah Said yang begitu menyokong saya, tak lupa Richard, Dayang Lamiah yang selalu ingin membaca karya saya yang terbaru, Nelly yang ingin menjadi editor awal kepada karya2 saya. Terima kasih atas sokongan kalian.

Pasti suatu penghargaan yang bukan sedikit nilainya. Sdr Abd Naddin Shaiddin dan Sdr Ruhaini Mat Derin dan Hainon Abu Bakar, ipar saya di Tawau yang sudah pun menjadi followers. Terima kasih. Tidak ternilai rasa terima kasih saya kepada kalian. Saya baru sahaja memberitahu mereka petang tadi. Mereka sungguh cepat memberikan tindakan yang positif. Terima kasih.

Bagi diri saya sendiri, laman blog menjadi tatapan umum kita semua malah dapatlah kita berkongsi pendapat dan bertukar-tukar pandangan di dalamnya.

Hari ini juga saya sudah mula menulis novel kanak-kanak yang sewajarnya saya siapkan dalam beberapa minggu lagi sebelum habis musim cuti sekolah. Itulah tekad saya sejak awal. Tetapi minggu ketiga bercuti baru saya bermula. Aduh, mahalnya harga permulaan buat Noraini Osman. Tajuk awal: Dunia Hakimi. Ia mengisahkan seorang budak yang suka meneroka kehidupan lain setelah habis masa persekolahannya. Saya buat dululah, nanti saya cerita lagi ya. Kalau berminat terus beli ya. Hehe!

Sekian dulu malam ini. Saya nak menemui novel saya pula yang sedang menunggu saya sekian jam.

5 comments:

  1. Berbaloi juga dengan upayamu membina blog ini. Tahniah.

    Abang Hasyuda
    http://hasyuda-abadi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Selamat datang ke blog kak, komen jangan tidak komen ya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Noraini..
    tahniah! wah... dah ada blog. Saya suami isteri sibuk sekali, insyaallah kalau ada masa kita ke sana berjumpa awak. Dah menulis novel tu kalau ada facebook mudah utk promosikan karya. hehehe dah terbitkan beritahulah. Saya nak beli!

    ReplyDelete
  4. Salam... Rupanya Nooraini seorang pendidik, mesti banyak bahan dari pengalaman. Sebenarnya nama Nooraini memang pernah saya dengar cuma belum pernah bersua muka saja. Klu boleh berilah tip cara2 membuat novel dgn mudah...

    ReplyDelete
  5. Boleh tak ada salahnya, byk pengalaman kita boleh kongsi. Hmm, laman blog baru saya ialah www.noraini-osman.blogspot.com. kunjungi saya di sana kalau sudi dan berikan komen setiap post saya. Terima kasih.

    ReplyDelete